Syamsul Yusof timang anak cahaya mata kedua

PELAKON dan pengarah Syamsul Yusof menimang cahaya mata kedua apabila isterinya, Puteri Sarah Liyana melahirkan bayi perempuan sekitar 3.30 petang semalam.

Syamsul yang berkongsi berita gembira tersebut di laman Instagramnya telah memuat naik gambar pertama sekali gus mengumumkan nama cahaya matanya itu.

“Alhamdulillah Maha Suci ALLAH Maha Pemberi Segala Rezeki. Anak kedua kami selamat dilahirkan pukul 3.30 petang tadi.

“Kali ini ALLAH kurniakan kami anak perempuan yang diberi nama Sumayyah binti Mohd Syamsul,” tulisnya.

Syamsul juga merakamkan ucapan terima kasihnya buat peminat dan pengikutnya di Instagram yang tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan buatnya dan keluarga.

“Alhamdulillah terima kasih semua yang mendoakan.. #tangisanKesyukuran,” ucap syamsul.

Syamsul yang juga merupakan anak kepada penerbit dan pengarah terkenal terkenal Datuk Yusof haslam ini mendirikan rumah tangga bersama Puteri Sarah pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Syaikul Islam, 2.