Ranieri berang Roma tewas

ROME 17 Mac – Skuad kendalian Claudio Ranieri mengalami kejutan apabila tewas 1-2 kepada SPAL hari ini, sekali gus meranapkan peluang keemasan untuk merapatkan jurang dengan seteru Inter Milan dan AC Milan bagi memburu slot ke Liga Juara-Juara musim depan.

Milan kini di kedudukan ketiga, satu mata di depan Inter, dengan Roma di tempat kelima, tiga mata di belakang kelompok keempat teratas untuk menempah tiket ke saingan Liga Juara-Juara secara automtik musim depan.

Ranieri memenangi perlawanan pertamanya selepas mengambil alih tugas daripada Eusebio Di Francesco yang dipecat, dengan mengalahkan Empoli 2-1, bagaimanapun situasi hari ini telah meingkatkan tekanan Roma.

“Saya menjangkakannya lebih. Pihak lawan bermain dengan satu pasukan, namun kami sebaliknya.

“Terdapat banyak pelan telah dirancang jika Roma berada di pentas Liga Juara-Juara. Jika kami gagal, mungkin akan ada beberapa pemain yang akan meninggalkan kelab ini.

“Kami tewas kepada pasukan yang jauh lebih rendah daripada kami, namun mereka lebih merendah diri daripada kami. Lebih banyak berusaha dan mereka buktikannya pada hari ini,” kata Ranieri.- AFP