Rakyat Pakistan terbunuh ketika cuba serang pengganas

WELLINGTON 16 Mac – Seorang warga Pakistan yang diangkat sebagai hero kerana cuba bergelut untuk merampas senjata daripada pengganas ketika serangan masjid di Christchurch, New Zealand semalam disahkan meninggal dunia.

Dalam rakaman langsung berdurasi 16.55 minit yang menjadi tular sejak semalam,

mangsa Naeem Rashid dilihat cuba menyerang pengganas itu pada saat ke 7.04 sebelum ditembak di Masjid Al Noor, Christchurch.

Lapor Daily Mail, Naeem yang berasal dari Abbottabad, sebuah bandar di Pakistan bagaimanapun dilaporkan meninggal dunia di hospital akibat cedera parah.

Mangsa yang sebelum ini bekerja di sebuah pegawai bank swasta sebelum berpindah ke bandar itu untuk bekerja sebagai guru.

Lebih tragis lagi, anak lelaki Naeem, Talha, 21 tahun, yang mengikut mangsa untuk solat Jumaat di masjid itu turut terkorban dalam insiden itu.

Perkara itu disahkan oleh abang Naeem, Dr. Khursheed Alam kepada ARY News. -AGENSI