32 rumah hangus dalam kebakaran di Sandakan

32 rumah hangus dalam kebakaran di Sandakan

RUMAH di perkampungan atas air di Jalan Batu Sapi, Sandakan, Sabah awal pagi Ahad – Gambar Astro AWANI

SANDAKAN: Seorang lelaki melecur dalam kejadian kebakaran membabitkan 32 buah rumah atas air di Kampung Air, Jalan Batu Sapi, Sandakan pada awal pagi Ahad.

Dalam kejadian yang berlaku pukul 5.25 pagi itu kawasan yang musnah dalam kebakaran itu berkeluasan dua ekar.

Menurut Ketua Zon Enam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Anddre Andrew, seramai 19 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan bergegas ke lokasi kejadian menggunakan tiga buah jentera.

Katanya, sebaik tiba, usaha memadamkan api segera dijalankan dan kebakaran berjaya dikawal pada pukul 6.30 pagi.

Mangsa yang melecur telah dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.

Pasukan bomba berjaya memadamkan kebakaran di Kampung Air, Jalan Batu Sapi, Sandakan, Sabah sejam selepas kejadian. - Gambar Astro AWANI