Pesawat kecil terhempas di Kenya, lima maut

Pesawat kecil terhempas di Kenya, lima maut

Orang ramai melihat bangkai pesawat yang terhempas bersama juruterbang dan empat penumpangnya di sebuah ladang di Londiani, Kericho, Kenya, 13 Feb, 2019. REUTERS

NAIROBI: Lima maut selepas sebuah pesawat ringan Cessna 206 terhempas di daerah Londiani, Kenya pada Rabu.

Menurut pihak berkuasa, antara tiga yang maut adalah warga Amerika Syarikat manakala dua lagi masih belum dapat dikenal pasti identiti mereka.

Nama dan maklumat peribadi mangsa juga masih belum didedahkan oleh pihak berkuasa sehingga dimaklumkan kepada ahli keluarga.

Komander Kericho County, James Mugera berkata, pesawat tersebut dikemudi oleh juruterbang tempatan.

Mereka sedang dalam perjalanan ke bandar Lodwar di daerah utara Kenya dan terhempas di satu kawasan lapang di Kericho, barat Nairobi. 

Punca kejadian masih disiasat.