Cech mahu kejuaraan Liga Europa sebelum bersara

LONDON 14 Feb. – Penjaga gawang veteran Arsenal, Petr Cech mahu menamatkan karier profesionalnya dengan menjuarai Liga Europa.

Cech akan bersara pada penghujung musim ini dengan 14 trofi kejuaraan selepas 15 tahun beraksi di tanah Inggeris bersama Chelsea dan kini bersama The Gunners.

Pemain berusia 26 tahun itu dijangka akan beraksi bersama Arsenal ketika pertemuan menentang BATE Borisov di Belarus.

“Sudah pasti ia akan menjadi senario paling ideal untuk menamatkan karier.

“Kami lakukan persiapan setiap hari untuk setiap kejohanan dan ini adalah sasaran kami.

“Kami mahu memenangi setiap perlawanan dan terus berkembang sebagai sebuah kelab yang hebat.

“Menjuarai Liga Europa akan menjadi kenangan terindah buat setiap pemain terlibat dan ia akan membantu pasukan layak ke Liga Juara-Juara,” katanya.

Arsenal menundukkan BATE musim lalu dengan agregat 10-2 dalam saingan peringkat kumpulan Liga Europa tetapi tewas kepada juara, Atletico Madrid di separuh akhir.

Dengan rekod tanpa kalah di peringkat kumpulan, Arsenal adalah pasukan pilihan untuk menyingkirkan Borisov.-AGENSI