Syed Saddiq U-turn?

KUALA LUMPUR 14 Jan. – Seperti dijanjikan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memandu sendiri bagi membantu kempen Pakatan Harapan untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.


Perkara tersebut dimaklumkan kepada orang ramai melalui aplikasi story dalam laman Instagram miliknya hari ini.


“Dalam perjalanan ke Cameron (Highlands) sebagai Ketua Pemuda Harapan, bukan sebagai menteri. Ayuh!” tulisnya sambil memuat naik gambar sedang memandu kereta berjenama Honda.


SYED SADDIQ KE CAMERON
Catat Syed Saddiq pada Instagram ketika dalam perjalanan ke Cameron Highlands.

Walau bagaimanapun, kira-kira tiga jam selepas itu, Syed Saddiq memuat naik satu video beliau sedang memberi ucapan dalam satu sesi town hall anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM) di Brinchang, Cameron Highlands.


Dalam video itu, jelas terpampang nama beliau dengan jawatan Menteri Belia dan Sukan pada gegantung program.


Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyampaikan ucapan pada sesi Dialog
Poster pada program Town Hall Syed Saddiq Syed Abdul Rahman jelas menunjukkan kehadiran beliau sebagai Menteri Belia dan Sukan. 

Nampaknya Syed Saddiq perlu berhati-hati apabila memuat naik sesuatu dalam akaun media sosial beliau. 


U-turn ini bukan sahaja tajam malah sangat pantas, hanya dalam tempoh tiga jam. – UTUSAN ONLINE