Rasuah: Pemilik syarikat sewa lori dijel 14 hari

JOHOR BAHRU – Seorang pemilik syarikat sewaan lori dijel 14 hari dan denda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku bersalah memberi suapan kepada penjawat awam, September tahun lalu.

Tertuduh, Tan Chau Chuan, 43, menukar pengakuan kepada bersalah di hadapan di hadapan Hakim, Kamarudin Kamsun selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa ketika sebutan kes berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Chau Chuan didakwa memberi suapan iaitu wang tunai bernilai RM2,080 kepada seorang pegawai penguat kuasa Majlis Perbandaran Kluang (MPK) sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan atas kesalahan mempamerkan iklan tanpa lesen.

Di yang melakukan kesalahan di Pejabat Jabatan Penguatkuasa MPK kira-kira jam 3.30 petang, 23 September tahun lalu itu didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di hukum di bawah Seksyen 24 akta yang sama.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM, Mohamad Anis Redza Mohd Anuar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.