'Nike' ular dihurung ratusan kutu babi kini merana

'Nike' ular dihurung ratusan kutu babi kini merana

Ular digelar Nike itu diselamatkan dari kawasan belakang sebuah kolam renang di Gold Coast di Queensland pada minggu lalu. – Foto Agensi

QUEENSLAND: Seekor ular sawa yang dihinggapi lebih 500 sengkenit spesies kutu penghisap darah pada haiwan dilaporkan berada dalam keadaan lemah dan mengalami anemia.

Ular digelar Nike itu diselamatkan dari kawasan belakang sebuah kolam renang di Gold Coast di Queensland pada minggu lalu.

Ia yang mengalami ‘jangkitan teruk’ kini dirawat oleh veterinar.

“Keadaan itu (dihinggapi ratusan sengkenit) menyebabkannya tidak bergerak. Kami berharap dapat melepaskannya ke habitat asalnya dalam tempoh beberapa bulan akan datang. Nike kini diletakkan di bawah jagaan pakar dan berharap ia akan pulih sepenuhnya,” kata Hospital Hidupan Liar Currumbin dalam satu kenyataan.

BACA: Penangkap ular di Australia selamatkan ular sawa yang ‘rimas’ digigit lebih 500 kutu

BACA: ‘Kutu babi’ boleh membawa maut?

Difahamkan, sengkenit boleh menyebabkan anemia atau kekurangan sel darah merah kerana ia menyedut darah dari haiwan dihinggapinya. – BBC