Bukan masalah besar beri wang kepada sukarelawan

LIPIS 14 Jan. – Isu pemberian wang kepada sukarelawan oleh individu yang dipercayai petugas Pakatan Harapan (PH) bukanlah satu masalah yang besar kerana perkara itu tidak menyalahi undang-undang.

Calon PH Parlimen Cameron Highlands, M.Manogaran berkata, pemberian wang itu akan diambil sebagai sebahagian daripada perbelanjaan untuk kempen pilihan raya.

“Kita akan memasukkan (perbelanjaan) itu dalam penyata akaun dan kita akan beri kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Tidak payah pihak pembangkang membangkitkan isu ini dengan membuang masa membuat laporan polis, lebih baik menggunakan masa kempen yang singkat untuk berkempen,” katanya ketika melakukan lawatan ramah mesra di Felda Sungai Koyan 3 di sini hari ini.

Semalam tular dalam media sosial gambar seorang wanita memakai baju PH memberikan duit kepada sukarelawan.

Susulan itu, ┬áia mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan juga tindakan laporan polis daripada beberapa pihak. – UTUSAN ONLINE