Video 'dron' Himpunan 812: "Sesak!"

Video 'dron' Himpunan 812: "Sesak!"

Ada antara mereka kecewa kerana gagal memasuki Jalan Raja dan mendengar ucapan para pemimpin yang hadir. – Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR

KUALA LUMPUR: Himpunan 812 yang sepatutnya bermula secara rasmi jam 2 petang tadi di Jalan Raja di sini bermula lebih awal apabila ribuan peserta mula memasuki Jalan Raja di ibu negara seawal 10 pagi.

Justeru, ia menyebabkan kesesakan luar biasa terutama melibatkan peserta yang bergerak daripada beberapa ‘checkpoint’ seperti pusat beli belah Sogo, Masjid Negara, PWTC, Masjid Jamek dan Jalan Parlimen.

Pelbagai video dan foto dikongsikan peserta Himpunan 812 di mana ada antara mereka kecewa kerana gagal memasuki Jalan Raja dan mendengar ucapan para pemimpin yang hadir.

Astro AWANI kongsikan video pandangan udara sumbangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta jurugambar Astro AWANI, Shahir Omar.