Nelayan hilang belum dikesan

KOTA KINABALU 8 Dis. – Polis Sabah masih belum dapat mengesan dan menjumpai sekumpulan nelayan dilaporkan hilang di perairan Pegasus Reef, Kinabatangan, Sabah pada 5 Di­sember lalu, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah.

Beliau berkata, tiada sebarang maklumat terkini diterima setakat ini dan polis sedang menunggu perkembangan lanjut mengenai kejadian itu.

Omar berkata, pihaknya juga masih belum dapat mengesahkan individu terbabit diculik atau sebaliknya kerana belum ada sebarang laporan polis dite­rima daripada anggota keluarga mangsa atau mana-mana pihak menyatakan perkara itu.

“Polis menjalankan siasatan di bawah kes orang hilang. Kita belum dapat memastikan sama ada mangsa diculik atau hilang kerana belum ada laporan polis (mengenai perkara itu meskipun) ada khabar angin menyatakan mereka telah diculik dan dibawa ke negara jiran.

“Jika polis ada menerima pang­gilan daripada suspek me­nyatakan mereka telah mengambil mangsa ini dan dibawa ke mana-mana tempat persembunyian, (maka selepas itu) barulah polis dapat mengesahkan­nya (diculik atau tidak). Sehingga kini, polis belum ada menerima laporan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyer­tai program gotong-royong anggota polis Kontinjen Sabah bersama Persatuan Keluarga Polis (Perkep) di Taman Awam Teluk Likas, di sini hari ini. – Bernama