Tiada jawatan untuk orang UMNO

KOTA BHARU – Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan tiada jawatan tertinggi kerajaan akan diberikan kepada bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed atau bekas menteri Kabinet yang menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Perdana Menteri yang juga Pengerusi Bersatu berkata, setiap pemimpin UMNO yang menyertai Bersatu tidak boleh memegang apa-apa jawatan ter­tinggi kerajaan untuk tempoh tertentu sehingga satu pertimbangan dibuat.

“Tiada peranan khusus untuk Tok Pa (Mustapa). Mereka mesti bersihkan diri daripada amalan kerajaan terdahulu dan (kami) akan melihat tempoh tertentu buat mereka (pegang jawatan).

“Mana-mana pemimpin dan ahli UMNO yang berhasrat menyertai Pakatan Harapan (PH) walaupun pada masa yang sama penyertaan mereka dialu-alukan, tetapi perlu menerima prinsip yang diperjuangkan PH,” katanya pada sidang akhbar selepas ­Majlis Ramah Mesra Pemimpin PH di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.