Semakin dinobat lagu terbaik SFMM33 minggu pertama


MINGGU pertama separuh akhir Muzik-Muzik 33 menyaksikan lagu Semakin ciptaan sepenuhnya Mera Utama dinobatkan sebagai lagu terbaik.


Semakin nyanyian Siti Sarah bagaimanapun tidak bermakna lagu tersebut layak ke Anugerah Juara Lagu (AJL) 33. Ini kerana sebanyak 19 buah lagu lagi akan berentap dalam dua pusingan SFMM33 pada 16 dan 23 November depan.


Pertandingan minggu pertama yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral itu turut menyaksikan lagu Di Matamu nyanyian Sufian Suhaimi, Dia oleh penyanyi Qody, Mimpi (Liza Hanim), Bercanda Di Malam Indah, dan Seindah Berdua dendangan Dewi Seriestha.


Tidak ketinggalan lagu Kata Akhirmu nyanyian Ariff Bahran, Dia (Dayang Nurfaizah), Hikayat Benladin, Sesungguhnya oleh Alif Satar, dan Tak Pernah Hilang (Amylea X Kaer).


Selain itu, menghangatkan lagi suasana minggu pertama SFMM33 dengan persembahan penutup Mash-Up lagu Dari Sinar Mata dan Teman Pengganti oleh Black & Bumiputra Rockers.


Untuk rekod, sebanyak 30 lagu berentap, namun hanya 12 lagu akan layak ke pentas AJL33.