Saya tak ada masalah dengan bekas suami: Rita Rudaini


PELAKON Rita Rudaini memuat naik status panjang lebar di Instagram miliknya.


Menurut Rita menerusi posting yang memaparkan gambar lama anak beranak bersama bekas suami, Aidil Zafuan, turut berulang kali menegaskan bahawa hubungannya dengan Aidil tiada masalah.


Dalam perkongsian itu juga Rita, 42, berkata, dia terhibur apabila membaca spekulasi mengenai dirinya dengan bekas suami.


“Macam-macam spekulasi manusia kalau saya muat naik foto anak-anak saya.


“Tak bagi jumpa anaklah, dendam sampai anak jadi mangsalah, tak bagi anak main bola sebab dendam dengan bapa dialah.


“Seronok saya baca cerita dongeng rekaan manusia di luar sana…. Nah! Saya belanja foto anak beranak, maaflah foto lama tapi ada ‘nilai sentimental’ tau,” tulis Rita di IG.


Sementalah itu, tulis Rita lagi, apa pun dia tetap bersangka baik.


[ARTIKEL BERKAITAN: Anak Rita Rudaini minat berlakon]


“Foto baharu tak ada jadi saya muat naik yang lama sahaja. Saya tak ada masalah pun dengan bekas suami, kami tak bergaduh pun.


“Pandai saja manusia-manusia buat skrip telenovela 7 tahun 7 keturunan, tak habis-habis cerita ‘posh n beckham’ ni.


“Sampai anak-anak saya dah besar dah. Saya ok saja, tak ada masalah pun kita husnuzon. Anak-anak saya main bola pun saya sokong,” coretnya.


Dalam masa sama pelakon filem Mami Jarum itu turut memberitahu dia menyokong impian anak-anaknya yang mahu menjadi seperti Aidil, pemain bola sepak.


“Buat apa nak halang cita-cita mereka. Cita-cita anak-anak cita-cita saya juga. Ada orang kata pula ‘gigih nak bagi anak main bola juga’.


“Takkan nak bagi main masak-masak dah anak-anak budak lelaki, bola sepak tak boleh dipisahkan dari budak lelaki.


Mengakhiri coretan panjang ini, Rita berharap pada selepas ini tiada lagi spekulasi.


[ARTIKEL BERKAITAN: Ambil hak orang adalah salah: Rita Rudaini]


“Darah ke, keturunan ke, kuah ke, nak buat macam mana anak-anak minat saya hantarlah belajar. Ramai juga komen kalau muat naik foto anak, ‘muka bapa sangat’.


“Sudah tentu muka bapa dah hasil tuai dari ‘AI+RIT’ takkan keluar muka Brat Pitt pula. Lepas ni jangan pula kata bila saya muat naik foto ni kata pula saya tak hormat pihak sana.


“Nak buat macan mana dah DNA bapa mereka… tak salahlah saya letak foto anak beranak. Saya tak ada masalah dengan Daddy Ryan dan Juna.


“Harap lepas ni tak adalah nak pertikai saya tak bagi itu ini ya. Takkan semua saya nak cerita dengan umum.


“Tak apa nanti satu hari mommy bawa tengok Daddy game ya @airitqaqa727 n @airitryan727 tunggu Daddy bagi tiket,” akhirinya.