Proses pemilihan PKR Sarawak berjalan lancar

KUCHING – Proses pemilihan PKR Sarawak berjalan lancar pagi ini dengan pengerusi PKR negeri dan ahli Parlimen Selangau menang tanpa bertanding bagi ketua PKR cabang Lawas.

Di Lawas, Baru Bian, yang juga Menteri Kerja Raya dan Ahli Dewan Undangan Negeri Ba’Kelalan, tiba di pusat pengundian di  Stadium Tertutup Lawas  pada 9.05 pagi dan mengundi menggunakan kaedah e-voting pukul 9.25 pagi.

Di Julau, hujan lebat tidak menghalang ribuan ahli Parti Keadilan Rakyat turun untuk mengundi bagi pemilihan parti untuk cabang Julau di Kompleks Sukan Julau seawal 6 pagi, terutamanya mereka yang datang jauh dari pekan Pakan.

Majoriti daripada pengundi yang hadir memakai baju kuning yang memaparkan wajah calon Ketua Cabang, Larry Sng Wei Shien, yang menentang penyandang Semana Sawang.

Pemilihan bagi cabang Julau menarik tumpuan, ia susulan pertambahan ahli PKR kawasan tersebut yang meningkat mendadak daripada hanya 603 pada 26 Jun kepada 13,000 sehari kemudiannya. – Bernama