'Perempuan lepas mengandung gemuk, berbau' – Netizen kecam komen tak berhati perut

'Perempuan lepas mengandung gemuk, berbau' - Netizen kecam komen tak berhati perut

Komen itu ditulis Firdaus sebagai respon kepada berita masalah rumah tangga yang menimpa pelakon Mia Ahmad dan suaminya Mohd Izham Tarmizi. -Instagram

SATU komen bernada provokasi dan sinis terhadap golongan wanita membuatkan seorang individu yang hanya dikenali dengan nama “Firdaus” di Facebook dikecam netizen.

Semuanya bermula selepas individu itu meninggalkan komen yang seolah-olah menyokong tindakan golongan suami curang ketika isteri berada dalam pantang.

Komen yang ditulis Firdaus di laman Facebook sebuah portal itu disifatkan netizen sebagai “sangat tidak berhati perut.”

Komen itu ditulis Firdaus sebagai respon kepada berita masalah rumah tangga yang dihadapi pelakon Mia Ahmad dan suaminya, pemain bola sepak Mohd Izham Tarmizi.

BACA:“Syukur, saya hamil” – Mia Ahmad

BACA: ‘Saya akan buat apa saja untuk selamatkan rumah tangga saya’ – Mia Ahmad

Seorang pengguna Twitter, @izs_mael, kemudiannya membuatscreen capture komen itu dan memuat naik ke akaun Twitternya yang kini sudah menerima lebih 17,000retweet dan lebih 6,000likes.
Komen yang ditinggalkan 'Firdaus' di akaun Facebook portal berkenaan.

Malah komen Firdaus di akaun Facebook portal itu juga menerima lebih 2,000 balasan.

Rata-rata netizen mempersoalkan di mana rasa kemanusiaan dan belas simpati seorang lelaki sehingga tergamak meninggalkan komen sedemikian.

Rumah tangga Mia dan suaminya, yang baru sahaja dikurniakan cahaya mata dua bulan lalu, dilaporkan goyah sejak kebelakangan ini dan pasangan itu dilaporkan sedang berusaha untuk memulihkan keadaan.