Nita Hamzah berhijab sehari sebelum hari lahir


PENYANYI Nita Hamzah mencuri perhatian ramai apabila memuat naik beberapa keping gambarnya dengan imei berhijab di laman Instagramnya semalam.


Ramai yang mengucapkan tahniah dan memuji penampilan berhijab Nita yang disifatkan cukup manis itu.


Difahamkan Nita atau nama sebenarnya Norhanita Hamzah, mula berhijab semenjak 2 November lalu iaitu sehari sebelum menyambut hari ulang ulang tahun kelahirannya yang ke-38.


Menurut Nita,  sebagaimana dilaporkan sebuah akhbar, dia sudah lama menyimpan hasrat untuk berhijab cuma ia baru kini dapat dilaksanakan.


Malah bekas Naib Juara Malaysian Idol ini mengharapkan agar dirinya terus istiqamah dalam melakukan kebaikan.


“Pada mulanya suami agak terkejut, namun saya tahu dia gembira. Biarpun tidak menunjukkan perasaan sebenarnya, saya yakin dia ingin melihat saya menjadi wanita yang lebih baik,” katanya.


Nita mendirikan rumah tangga bersama suami, Mohd Fareez Shamsul Bahari, pada 29 April lalu dan mengakui kini bahagia dengan kehidupannya kini.