Banjir kilat Jordan, sekurang-kurangnya 10 maut

Banjir kilat Jordan, sekurang-kurangnya 10 maut

Usaha menyelamat dijalankan di kawasan berdekatan Laut Mati, Jordan, 26 Okt, 2018. Foto AP/Fail

AMMAN: Banjir kilat akibat hujan lebat di Jordan membunuh 10 orang pada Jumaat dan memaksa kira-kira 3,500 pelancong di kota lama Petra, mencari perlindungan di tempat tinggi.

Menurut jurucakap kerajaan, lebih 20 orang cedera sementara berpuluh-puluh penduduk tempatan dipindahkan dari rumah mereka di beberapa lokasi.

Setakat ini, 60 orang telah berjaya diselamatkan dan sembilan dimasukkan ke Hospital al-Nadeem di Madaba.

Kejadian itu berlaku kira-kira dua minggu selepas 21 orang, kebanyakannya pelajar sekolah, terbunuh dalam banjir kilat berhampiran pantai Laut Mati Jordan.

Menteri Pendidikan Azmi Mahafza dan Menteri Pelancongan Lina Annab meletak jawatan selepas kejadian pada 26 Oktober itu.